Thursday, March 7, 2013
Rezeki Dari Allah S.W.T
Diam tak diam..Februari telahpun berlalu.sekejap jek masa berlalu kan. Alhamdulillah..dengan kedatangan March jugak bulan yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti memberi satu semangat baru..satu tekad baru..
Rezeki dari Allah tiada siapa yang dapat halang. Semuanya di bawah perancangan dan ketetapan Allah. Kita sebagai hamba perlu lebih berusaha, perlu lebih bersyukur, perlu lebih istiqamah dalam melaksanakan sesuatu amanah & tanggungjawab. Rezeki Allah itu pasti...Rezeki Allah itu luas...Jangan sekali -kali kita mempersoalkan itu dan ini dan jangan mudah berputus asa. Banyak atau sedikit, lambat atau cepat sesuatu rezeki itu perlulah diterima dengan kerendahan hati dan kesyukuran.
Alhamdulillah, dengan apa yang aku perolehi selama ini dan juga dengan perkhabaran hari ini cukup membuatkan aku bersyukur dan berterima kasih kepada Sang Pencipta yang Maha Adil, Maha Pengasih dan Penyayang. Semoga perkhabaran tersebut dapat memberikan kegembiraan buat semua yang ternanti-nanti..
Alhamdulillah....syukur padamu Ya Allah... :)
Thursday, February 14, 2013
Hati Ini..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dapat bersua kembali..syukur atas nikmat Mu Ya Allah..
Hati ini diuji lagi..syukur pada Mu kerna masih menyayangiku..
Kuatkan lah hati hamba Mu ini untuk menempuh segala ujian Mu...
Thursday, January 31, 2013
'Kerajinan Anak Dara Ku...'
Assalamualaikum..
Bersiaran lagi kali ni melalui android sahaja. Walaupun kurang kenikmatannye tapi lebih privacy.. Cheewahhh..
Kalo tengok tajuk mesti da tau & faham tentang maksud 'kerajinan' tu kan. Hahaha..
Semenjak nak masuk 2 tahun ni akal damia makin besar. Bijal macam2(Alhamdulillah).. Mama nak menyapu dia pun nak buat.. Mama nak tumbuk sambal dalam lesung batu pun dia nak buat..
Harap2 bila dah besar nanti & boleh diharap rajin2 la tolong mama ye nak..
Cer tengok gambar ni. Terserlah kan 'kerajinan' anak mama ni kan...
Friday, January 25, 2013
Tupperware In Da House...
Tengok!!awal2 lagi janji dah tak ditepati..ya ampun..bukan sengaja biarkan blog ni tanpa coretan tapi memang tahap kebizian yang terlebih-lebih.hahahaha...
Ok2..meh kita update cecepat sementara ada masa terluang ni. Tengok tajuk pun dah tau kan.. Alhamdulillah, berkat doa+kesabaran+dorongan suami akhirnya tercapai jugak cita2 nak jadi member Tupperware.
![]() | |||
| Ihsan google.. |
Aku memang minat pun dengan tupperware neh.. Tapi biasa la harga dia boleh tahan kan. So, untuk memastikan aku dapat memiliki koleksi Tupperware neh why not aku join jadi member. Wahhh..bila dah jadi member neh..mula la dok susun bulan ni nak beli apa..bulan depan nak beli apa pulak. Best2!!! (thumbs up sikit)
Di samping kegunaan sendiri mungkin sedikit sebanyak boleh menjana pendapatan sampingan kan..siapa tahu, rezeki Allah itu luas. Kita hanya perlu berusaha. Jangan mudah berputus asa.
So, kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki koleksi Tupperware yang pelbagai ini ataupun menjadi member...lai..lai..lai..jangan malu2. Boleh contact me @ 019-3878486.
Yakinlah, dengan produk Tupperware anda tidak akan berasa rugi...
Thursday, January 10, 2013
Speedy Update
Assalamualaikum..
Semoga semuanya sihat2 belaka..Tuan tanah dan seisi family tak sihat...Tuan tanah demam berpakej dengan selsema, batuk berserta gastrik..Damia pulak selsema maybe berjangkit dari mamanye..tapi da recover sikit2 dah. Babahnye pulak diserang allergic. Habis gatal kedua2 tangan but alhamdulillah dah pegi klinik semalam & dah ok.
Tinggal tuan tanah je dah seminggu selsema until today tak baik2 jugak. Kurang tu ada tapi tak baik betul..takpela..dugaan kesihatan di tahun baru. Semoga terhapus segala dosa2 kecil.. dan semoga diberi kesihatan yang lebih baik selepas ini..
Ada kesempatan kita bersiaran lagi.. now, let's jom buat kerja...
Friday, January 4, 2013
Testing...testing
Assalamualaikum..
Bersiaran lagi kte hari ini..tapi kali ni melalui tab.uissh..lambat sungguh typing guna tab ni..
Ala..tab murah2 je khas untuk mia..mama & babah pun tumpang sekaki la..
Ok la...jom buat kerja..selamat bekerja semua..
Thursday, January 3, 2013
Post Pertama 2013
Hepi New Year 2013...Bye2 2012..
Banyak dugaan & kenangan yang manis & pahit samada dalam personal life, marriage life, kerja..Alhamdulillah dengan adanya dugaan & kenangan itu lah yang mematangkan diri, meningkatkan keyakinan diri & dapat mempositifkan lagi diri untuk maju kedepan.
Mudah-mudahan 2013 dapat dilalui dengan penuh keyakinan. Semoga impian & cita2 dapat dicapai dengan izin Nya, In Shaa Allah...Azam tahun baru???Banyak...biarlah myself & family sahje yang tahu..hehehe.. secret lah sangat kan..
Untuk blog ni, In Shaa Allah akan cuba di updatekan sekerap mungkin. Itu juga adalah salah satu azam 2013 ni.. Nak janji untuk diupdatekan tiap2 hari masih tak berani bukan apae ye, just because of my laptop problem.Maklumlah tuannye adalah lasak ye plus Damia juga lasak dalam menghandle laptop mamanye..
In Shaa Allah ada rezeki lebih boleh beli yang baru kan babah???hehehe..boleh update blog dengan cepat & terkini gitu.
Untuk penulisan blog tahun ni biarlah lebih santai, informatif & bersahaja. Moga2 berjaya. Wahhhh, blog pun nak berazam jugekk kan..
Hoho..dah jam 2..mari kembali jalankan tugasan kerja..





