Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday (29082012)

Pengapit hasben  aku (baju melayu putih) yang lagi berapa bulan nak jadi daddy dah..tahniah beb!rasa2 macam baru jek En Amri ni jadi pengapit we all..(perasanpengantinbaru)

##selamat menjadi daddy mithali ye beb..



Ceritraya 2012...

Raya ke-seblas dah kite yer..cepat jek masa berlalu..malasnye lahai nak update story mory kat sini..makan ketupat dengan lemang banyak kot..2 yang semua pun jadik berat..hahaha..tapi bila dok baca2 blog lain macam best jgk cerciter raya ni.harussss wujudkan 1 entry (atleast) supaya boleh menjadi kenangan dan rujukan di masa depan kan..eeewwahhh..tak larat nak cercite banyak2 so, kite layan gambo jek lah..gambo pn malas nak edit dah..lantak la..








Tahun ni we all pilih purple kaler. Yang paling lengkap purple adalah Mia la..dari atas sampai bawah sumenye purple. Raya kali ni best sebab rasa macam plan & preparation awal untuk tema kaler baju raya menjadi walaupun tudung aku last minute decide nak beli aidijuma nye collection..shopping last2 minute 2 wajibla tetiap tahun sebab selagi tak raya,selagi tu kaki ni gatal jek nak ke mall mana2..

Wahhh..iklan gigi neh.hahaha..tahun ni jugak sempatlah capture gambar kami laki bini walaupun cecepat snap sebelum Mia datang mencelah..hepi giler dapat pakai baju kurung riau yang dah ditempah awal2 and b pun dah tempah awal2 baju melayu tu kat kedah ok.
Ini budak tecik kan asek nak berbabah jek.takleh nampak kelibat babah dia mesti menangis meraung kalo babah dia tak dukung. Pe benda ntah yang dia takutkan sangat. babahnye dah la bz bakar lemang bagai petang sebelum raya tu. kalo babah dia tak layan, kena la mamanye ni ha mendukung dia.sabo jek la..seb baik pagi raya mood baik.boleh la mama ikat rambut dia cecantik kan..
dengan Kak Yong

dengan Kak Nani
aku dengan biras2 yang kategori siap awal la jugak..sempat la berphoto gedix dulu before acara bergambar sefamily & salam bermaafan..dorang ni very the terror masak tau!sedap2 lak tu masakan dorang..aku kena la berguru dengan dorang untuk terrorkan skill memasak aku.cewwwahhh!!!

Ni angah, anak buah aku..anak kepada Kak Yong & Abg ni..ensem tak?caya la angah..
Ni jek ganbo yang ada dalam HP aku.gambo2 lain dari camera akan dicerita kemudian yer..Raya pertama we all di Trolak Utara. tak kemana sangat pun. Lepas bersalaman terus laki aku ajak pi beraya ke rumah2 jiran dulu. Tak sempat aku nak merasa menu2 masakan yang biras2 & ipar2 aku buatkan. Malam tu dah bertolak balik Kedah..sempat la aku jamah sket2 menu2 raya kat umah mentua aku tu.jadi la kan.janji tak kempunan.


Sambung raya kat Kedah lak. seperti yang dirancang raya Kedua we all ke Penang with family Cik Yan aku.
Kite janji bertemu di Padang Kota sahaja..makan2,lepak2,amek angin laut.hajatnye masuk Penang ikut jambatan,balik ikut feri.sudahnye balik pun ikut jambatan.malas nak beratur panjang naik feri.semua pun dah kenyang & letih kan..ikut sahaja..
Masa ni tengah azan tu yang jadinye gaya tengah azan.bijak dak tecik ni sekarang, azan jek kena senyap.kalo tak gayanye macam marah la orang tak hormat azan kan..bagussss anak mama & babah ni!!!bila dah abeh azan dia suro pulak kite yang ada sekeliling dia angkat tangan baca doa selepas azan tu kan..verryyy the shuweeet one tau..
Pagi raya ke berapa ntah, bersarapan kite di tempat feberet mama & babah. Kat pelantaq ikan kt Kuala Kedah. Sedap!!marbeles!!!gini la suasananye pagi2 kat pelantaq ikan ni..

 ni jek menu kat kedai tu..tapi cukup buat sape yang makan tu terangkat k.seriyes!!!

 Licin abeh sume yang di atas.puas hati!!!

Mia tak kasi kongsi dengan sape2 pun apom lenggang ni.suka sangat ngan apom 2 sampai mama mintak sket pun tak kasi.
Ni la rupa apom lenggang tu.setappppp!!!susah nak cari kat bukit beruntung neh.Kesimpulannye raya kali ni tetap best..bersederhana itu penting!kalo berlebih-lebihan tanggung la sendiri akibatnye kan..Allah pun marah..inshaAllah, mungkin ada ceritaraya sambungan lepas ni..lepas aku godek2 kamera plak.tapi tak janji.

Wassalam.....




Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Alhamdulillah..setelah 10 hari bercuti raya, harini kena lah start keje semula. Walaupun lemau tetap maintain semangat gitu (kununkunun)..

Ape2 pun sebelum terlambat we all 1 family ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (bajetadaorangbaca). MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Lemah gemalai Tuan Puteri,
Berkain cindai cantik sekali,
Pohon kemaafan di aidilfitri,
Moga ukhwah kekal abadi.


:)

Thursday, August 9, 2012

10 Ramadan Terakhir

Tik..tok..tik..tok..sampai sudah kita ke Ramadan 20.
alhamdulillah masih dipanjangkan usia,diberi peluang untuk mengharungi Ramadan ini..

10 malam terakhir paling ditunggu-tunggu..masing-masing ingin berebut untuk menemui malam Lailatul Qadar, malam yang amat istimewa yang mana ianya bakal hadir di malam-malam ganjil untuk 10 Ramadan yang terakhir.sama-sama la kita menghidupkan malam istimewa ini dengan beriktikaf di masjid, berselawat, berzikir, istighfar, qiamullail dan berdoa.

Firman Allah yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar, ayat 3). 

Definisi Lailatul Qadar :-

1.malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. 

2. malam penentuan dari Allah SWT kerana al-Quran yang diturunkan adalah penentu atau pemisah antara kejahilan dan kebatilan. Ada berpendapat malam itu Allah akan menzahirkan kepada malaikat akan ketentuan rezeki, ajal dan masa depan seseorang hamba.
 
Mereka yang benar-benar ikhlas dalam menjalani  ibadat puasa akan dapat menikmati ganjaran yang tidak mungkin dapat dicapai sepanjang umurnya iaitu ibadat selama kira-kira 85 tahun. Bagi mereka yang beriman akan sentiasa mencari dan bersedia menanti dengan penuh harapan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya.” 

Mereka masuk pada setiap rumah orang yang beriman dengan membawa rahmat dan kesejahteraan. Mereka yang derhaka kepada orang tua, memutuskan hubungan silaturahim serta berterusan minum arak akan dijauhi malaikat.

Oleh yang demikian, orang Islam hendaklah memastikan rumah mereka dihiasi dengan alunan kitab suci serta melakukan perkara diredai Allah SWT sebagai tanda ucapan selamat datang kepada malam Lailatul Qadar.

Ayuh!!!sama2 kita melipat gandakan amalan & berdoa agar kita terpilih untuk menemui malam istimewa tersebut...

Selamat beramal...:)