Tik..tok..tik..tok..sampai sudah kita ke Ramadan 20.
alhamdulillah masih dipanjangkan usia,diberi peluang untuk mengharungi Ramadan ini..
10 malam terakhir paling ditunggu-tunggu..masing-masing ingin berebut untuk menemui malam Lailatul Qadar, malam yang amat istimewa yang mana ianya bakal hadir di malam-malam ganjil untuk 10 Ramadan yang terakhir.sama-sama la kita menghidupkan malam istimewa ini dengan beriktikaf di masjid, berselawat, berzikir, istighfar, qiamullail dan berdoa.
Firman Allah yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar, ayat 3).
Firman Allah yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar, ayat 3).
Definisi Lailatul Qadar :-
1.malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.
2. malam penentuan dari Allah SWT kerana al-Quran yang diturunkan adalah penentu atau pemisah antara kejahilan dan kebatilan. Ada berpendapat malam itu Allah akan menzahirkan kepada malaikat akan ketentuan rezeki, ajal dan masa depan seseorang hamba.
Mereka yang benar-benar ikhlas dalam menjalani ibadat puasa akan dapat menikmati ganjaran yang tidak mungkin dapat dicapai sepanjang umurnya iaitu ibadat selama kira-kira 85 tahun. Bagi mereka yang beriman akan sentiasa mencari dan bersedia menanti dengan penuh harapan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya.”
Mereka masuk pada setiap rumah orang yang beriman dengan membawa rahmat dan kesejahteraan. Mereka yang derhaka kepada orang tua, memutuskan hubungan silaturahim serta berterusan minum arak akan dijauhi malaikat.
Oleh yang demikian, orang Islam hendaklah memastikan rumah mereka dihiasi dengan alunan kitab suci serta melakukan perkara diredai Allah SWT sebagai tanda ucapan selamat datang kepada malam Lailatul Qadar.
Ayuh!!!sama2 kita melipat gandakan amalan & berdoa agar kita terpilih untuk menemui malam istimewa tersebut...
Selamat beramal...:)
No comments:
Post a Comment