Aku rindu...rindu yang teramat sangat...
Rindu di zaman persekolahan & pengajian aku..tambah2 bila ada kawan2 yang ajak untuk buat reunion..uhhh..sangat ditunggu2 sebenarnye untuk berkumpul ramai-ramai masa zaman-zaman sekolah & U...tak dapat semua complete..dapat separuh pun jadilah..tapi apakan daya susah nak set masa yang sesuai yang semua boleh free kan tarikh tersebut.really hope that plan untuk reunion dengan geng2 sekelas masa kat UTM dulu menjadi..:)sangat mengharap hokeyyy...!!
Hari ni aku rasa nak membebel panjang sikit sebab aku ada masa 1 jam (lunch hour la...).hari ni aku tak lunch pun sebab posa ganti..soooo..baik aku membebel kat sini daripada membebel diluar yang boleh menyebabkan kurangnye pahala posa aku..
ok2..actually aku ni dulu sekolah di sekolah perempuan sahaja yang agak glamour (nakkk jugekkk)..agak jek hokeyyy..so,memang rasa bebas giler sebab kawan2 girls semua..lega tak payah nak gaduh dengan boys jek(masa sekolah rendah)..lotihhh bila hari2 ada jek nak cari pasal dengan aku..masa sekolah rendah la..so, kebanyakan masa belajar aku main2 walaupun orang lain nampak aku ni jenis yang serius & fokus bila belajar..aku tak berlakon ok..dah nak buat cemana kalau dah secara luaran @ fizikal memang nampak aku ni jenis yang fokus..hahaha..ada keistimewaan & kelemahan jugak di situ..
Bila tengok result PMR..rasa cam nak nangis sebab kalo untuk aku..aku dah kira diri aku gagal sebab aku hanya berjaya dapatkan 3A jek.the rest B...Walaupun result aku takde la tak lulus ke hape but still rasa menyesal tu ada sampai sekarang sebab tak buat betul2..kalo boleh repeat memang aku repeat balik tau PMR neh sebab aku yakin aku boleh buat lebih baik dari itu..Punah la harapan untuk masuk SBP(sekolah berasrama penuh), MRSM (maktab rendah sains mara) & SMT (sekolah menengah teknik)..aku punya verangan mat jenin sangatlah tinggi nak masuk at least SMT Lebuhraya ke..JENAN ke..MRSM Pokok Sena ka...(semua sekolah yang aku sebut rakyat KEDAH lebih mengetahui)..Tudia..nampak tak angan2 mat jenin aku..semua sekolah yang top2 kat Kedah wooo...tapi kalo sekadar angan2 tapi takde usaha memang tak kemana la...
Start form 4 di sekolah yang sama baru lah semangat tu makin ada..tapi slow lagi la tambah2 bila aku terpilih untuk menyertai Platun Utama Kadet Polis Sekolah...main lagiiiiiiiiiii...pung pang pung pang...naik form 5 baru terhegeh2 nak concentrate bagai...but aku agak berpuas hati dengan keputusan SPM aku yang takde la secemerlang mana..but still alhamdulillah..dapat masuk MATRIKS sepertimana yang aku inginkan..sepertimana yang aku plan kan untuk laluan pengajian aku lepas SPM..ala..dulu kan glamour pasal laluan-laluan/peta minda untuk 5 tahun akan datang la bagai kan..kira macam planning masa depan kita la..
Dengan kejayaan 5 A yang aku peroleh dalam SPM yang sememangnye target aku pun..aku berjaya registered ke Kolej Matrikulasi Perlis yang ketika itu baru second batch pengambilannye..aku tetap vangga sebab KMP ketika itu merupakan salah sebuah matriks yang hebat.chewwwahhh...thanks a lot actually to all teachers at SMKSB yang banyakkkkkkk berjasa..especially teacher Mary, Cikgu Syed & Puan Ariaty..cara pendekatan cikgu2 ni semua mengajar memang memberi kesan dalam hidup aku sampai sekarang. yang membuatkan aku jatuh cinta pada subjek2 like BM, Account & Add Math..Cikgu2 lain yang aku tak mention pun best. Semua cikgu di SMKSB adalah the best wooooooo...semua ada kehebatan tersendiri..Rindu nak jumpa cikgu semua...
Masuk KMP untuk 2 sem..sekali lagi verangan tak habis2..dah kena cultural shocked pulak dah..ye la..5 tahun kot aku bebas belajar tanpa gangguan lelaki..dah masuk matriks sah2 la kena mengadap laki jugak kan..dalam kuliah ada laki...raaamaaiii tak yah cerita la..dalam tutorial lagi..grouping pun wajib kena ada lelaki..issshhhh...rimas..rimas..rimas..nope, aku bukan lesbian yer tapi disebabkan tahap keselesaan aku belajar tanpa perlu bercampur dengan lelaki dulu membuatkan aku rasa rimas di matriks..actually bukan rimas mana pun tapi malu....hahaha..gediks ok..but dalam rasa ketidakselesaan itu i've manage to finished my study there in Accounts..walaupun dengan pointer yang tak seberapa..masa kat matriks ramai tanya aku kenapa aku tak terus amek diploma or form 6?sebabnye aku ni kan belajar suka main2..so..jalan yang paling cepat dan ringkas untuk ke U ialah matriks...walaupun sijil matriks tak laku kalau la katakan aku kantoi tak lulus 2 sem 2..kalo nak kerja still guna SPM cert...tapi aku tak kisah..keyakinan diri kena ada untuk mencuba sesuatu yang baru dan lain (masa zaman aku ni matriks tengah hot oo & orang yang 'pandai' jek boleh masuk)..dalam kurungan tu bukan aku yang kata..tapi orang yang kata ok!
Then dapat tawaran masuk U yang mana U tersebut memang takde dalam senarai yang aku pilih ye..ye la..dengan result aku tuh..redha jek la..janji aku berjaya masuk U kan..yang dalam senarai aku memang kebanyakannye aku mintak course sebagai pendidik/Accountancy/ahli ekonomi..hahaha..memang tak dapat la kan dengan pointer 2.9 something jek..so, aku dapat tawaran ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ok..untuk course Bachelor of Science (HONS) Human Resource Development..ok2..aku memang tak terbayangkan mende la course neh.down sekejap..huhuhu..tapi lama kelamaan..membuak perasaan vangga & semangat nak belajar bila dapat kolej yang best..kawan2 yang best..lecturer yang best..sume la best..sangat terharu bila semua mengatakan aku ni hebat sebab dapat masuk UTM yang ketika itu memang susah nak masuk pun..Yups..untuk research & engineering course kat UTM adalah the best..sebab rindu dengan semua saat di UTM yang pada mulanye rasa lama sangat 3 tahun untuk degree..but now...wuuuuaaaaaaaaa...rindu sangat2.nak pulak tu sekarang UTM dah jadi U paling glamour kat Malaysia & tersenarai dalam 100 U terhebat di Asia..rindu sangat dengan kengkawan yang very supportive..rindu sweet 4teen..alhamdulillah..aku vangga & bersyukur sebab telah terpilih untuk menjadi salah seorang bekas pelajar di sana 4 tahun dulu..dalam 3 tahun di sana i've manage to get Dean List..even sekali sahaja pun dapat membuktikan yang aku bukan sekadar 'tin kosong' tetapi mampu mencapai impian dan cita2 yang diingini..
Now..alhamdulillah..kerja juga dilapangan yang betul iaitu HR..syukur..syukur...syukur...walaupun penuh dugaan untuk menggapai sebuah kejayaan..tetapi ianya berbaloi..dan sudah tentu dengan sokongan padu mak ayah..dengan izin dari Nya jugak kita pasti berjaya...
Moral of story:
1. Laluan untuk berjaya bukan mudah..memang kena bersemangat & berjuang sehabis-habisnye disertai dengan doa + usaha yang berterusan..
2. Dugaan banyak mematangkan kita...
3. Jangan main-main dengan 'masa depan' kita..kelak menyesal..
4. Pastikan ada matlamat hidup...
5. Hargai apa yang kita ada & dapat ketika ini kerana masih ramai yang tidak berpeluang seperti kita...
6. Jangan mudah berputus asa..bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian...
P/S: ni bukan entry memvangga diri dan sebagainye..hanya sekadar untuk melepaskan rindu & ingatan untuk masa akan datang..
Sekian....
No comments:
Post a Comment